Assalamualaikum....
Ketidakbolehtiduran.... apekah?? Tak boleh tidur laah maksudnya sengal! hahaha!! Apa mau buat? Buat entry lah.. apa lagi yang boleh dibuat kan? Hermm. Tajuk?? Tu kat atas tu. tajuk entry aku kali ni. Ape tu? Panjang nya? Tu namanya variasi! Kalau di pendekkan.. tajuk entry aku kali ini ialah tentang suka duka sepanjang tahun 2011 ni.... haaaa tu dia! Nak akhir tahun dah kan? So.. sesaja buat cenggini.. nak share2 cerita.. boleh kan?? Haruslah boleh.. blog aku kan! Haha. Tak nak baca totop mata ok! Kui3..
OK.. nak mula yang mana dulu ni? Suka ke duka? Kita mulakan yang suka dulu lah ye.. happy dulu.. last baru sedih OK? Haha..Tak ada yang menarik sangat pun hidup aku sepanjang tahun 2011 ni.. tak ada yang happy sangat and tak ada yang sedih sangat! Ehh.. ada.. part yang sedih sangat tu ada! Jomm lahhh... teman aku share cerita.. Kisah gembira aku....
- Aku gembira sebab dapat result yang alhamdulillah baik untuk semester yang lepas (semester 3).. tak sangka sebab aku boleh dapat result yang baik macam tu.. memang gembira tak terkiralah orang cakap kan.. alhamdulillah.. semua berkat doa mak abah aku dan berkat usaha aku sendiri.
- OK next! Gembira sebab akhirnya aku dapat pakai handphone SOY XPERIA X8 yang selama ni aku teringin sangat nak pakai! Dulu laaa.. sekarang dah dapat... rasa cam tak best pulak! Menyesal?? Tak lah.. at least aku cuba pelbagai. Tak apa.. ada rezeki tukar lagi. Kannnnnnn~ Hahaha~ Aku punye? Warna putihh.. macam aku putihnya! Wakakaka!!
- OK next lagi! Perkara yang mengembirakan aku ialah aku dapat tengok abang sepupu aku tunang dan bakal nikah awal bulan 4 tahun hadapan. Tau tak nape aku suka? Sebab ni ialah majlis pertunangan dan pernikahan pertama dalam keluarga. Abang sepupu aku merupakan cucu pertama nenek aku yang naik ke jinjang pelamin dulu.. Paham tak ayat aku tu? Tak paham sudah. Hahaha. Dan pertama kali jugak aku pegang hantaran! Aku bawak hantaran! Wow! Seronok!! Haha. Majlisnya berlangsung. errr.. bulan 7 kot. Tak ingat lahh.. ngee~ Semoga kamu berdua bahagia hinga ke syurga ye.. amiinnnn.. :) Tah bila laa nak tiba turn aku pulak kan? Haha!
![]() |
| kedua2 ni gambar abg sepupu aku dan tunang dia. Maaf.. kuarang jelas.! ^_~ |
- OK.. cerita gembira lain! Apa lagi ea? Hermmm~ Kisah perkenalan aku dengan seseorang.. yang telah buat aku gembira.. Dia yang sangat2 caring.. baik hati.. sweet.. dan sangat2 sayangkan aku! Wow! Perkenalan yang cuma di laman sosial... tetapi akhirnya terbawa-bawa hingga ke luar.. maksud aku.. berjumpa laa! Dia lah yang pertama mengabulkan impian aku untuk ke ICT... thanks awak.. saya takkan lupakan semua tu sampai bila2... thanks sebab dah bagi kasih sayang awak pada saya.. and thanks sebab buat saya gembira... sepanjang awak ada dengan saya! :)
![]() |
| ni laa diaa... dia sgt suke akan patrick! Gambarnya tak ada.. ni je yg ada.. hahaha.. MY "MR. Patrick"! |
- Yang lain... cerita gembira aku ialah.. aku kenal dengan seorang lagi! Tak ada apa2 ikatan dengan aku pun.. kami cuma sekadar teman! Teman berborak.. teman bergelak ketawa.. teman merepek... teman buat cerita bohong.. hahaha!! Ye.. teman.. yang selalu menemani aku di saat aku sunyi.. di saat aku sedih.... ada je dia.... bila aku online.. ada je dia dok mengacau aku!! Kadang2 aku tak online.. dia mesej aku kat handphone pulak! Grrr~ tapi seriusly.. tak pernah membosankan! And sincere from the bottom of my heart... i'm happy! Damn happy! Kerana kau.. buat aku ketawa semula.. kerana kau buat hari2 aku tak pernah jemu! Asalkan ada kawan yang best macam kau.. single pun tak pe beb!! Kau memang best! Terbaik! Aku happy kawan dengan kau.. and seriusly.. sumpah tak pernah bosan! :)
- Yang ni pun buat aku rasa happy jugak! Bila aku berjumpa dengan teman yang aku ingat sekadar perkenalan di FB sahaja! So exciting! Aku sangat2 hargai! Mula2 aku sangat tak percaya bila dia cakap dia nak jumpa. Beb.. thanks for making me happy since u still with me! Jalan2 pusing Melaka.. tengok wayang dengan kau.. hahaha.. makan2.. lepak2 tepi laut! Swear!! Sungguh aku tak percaya aku buat semua tu dengan KAU! Aku seronok.. and sincere from my heart.. i miss all that moment.... even i know... semua tu takkan terulang lagi... :( by the way.. thanks a lot! Special thanks for you! :)
![]() |
| bila agaknya kita boleh g lagi ek? Tak mungkin kot kan? Hee :( |
OK cerita gembira sudah.. jom kita tengok cerita sedih pulak..
- Cerita sedih aku.. lelaki yang aku kenal.. telah tinggalkan aku.. MR Patrick tu.. dah pergi tinggalkan aku. Lepas dia pergi.. hidup aku sangat2 lah tak best! Asyik down je.. asyik rindu aje.. asyik terkenang2 je.. and macam2lah!! Sampaikan tak ada seorang makhluk ALLAH pun yang mampu buat aku lupakan dia.. susah sangat! Walaupun cuma bertahan dua bulan... tapi sangat bermakna buat aku! Dan sampai sekarang pun.. aku masih teringat2 kat dia bila aku "dibuli".. sebab bila aku dengan dia.. dia tak pernah "buli" aku.. dia sentiasa menjaga aku.. jaga perasaan aku!.. Dan bila dia pergi... aku sentiasa sedih dengan kehadiran2 manusia2 yang lain.. macam2 dugaan aku terima! Walaupun kini aku tahu dia telah ada penggantiku.. dan mungkin sedang berbahagia.. dia tetap akan sentiasa menjadi kenangan dalam hidup aku! :'(
- Lepas aku break.. aku kenal dengan teman aku tu.. dan teman aku tu lah satu2nya makhluk ALLAH yang telah berjaya buat aku lupakan MR Patrick! Tapi.. semua kegembiraan aku tu tak kekal lama bila bermula lagi kisah sedih aku... bila teman aku berubah. Entah kenapa.. lepas je pertemuan tu... dia berubah... tak ada lagi dia yang aku kenal dulu.. yang selalu buat aku happy.. dah tak ada.. yang tinggal sekarang cuma sedih je hari2 aku! Teman yang semakin menjauh.. yang semakin berubah.. yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya! Hermm.. sampai sekarang.. masih terasa sedihnya.. sedih sebab kehilangan seorang teman.. semakin kehilangan sebenarnya... :(
Sedar tak sedar.. kira2 lebih kurang 5 hari lagi untuk kita meninggalkan tahun 2011 dan masuk ke tahun baru... semestinya pengalaman baru and cabaran baru yang menanti iaitu 2012. Segala pahit manis 2011.. akan hanya tinggal kenagan. Nampaknya 2011 ni ending sedih buat aku! Tapi tak apa.. segala yang gembira akan aku simpan untuk dijadikan kenangan yang akan sentiasa aku kenang.. dan yang sedih pun akan tetap aku simpan untuk dijadikan pengajaran buat aku. Thanks a lot untuk semua yang memainkan peranan dalam menggembirakan aku. Tak lupa juga a lot of thanks untuk mereka yang memainkan peranan dalam kisah sedih aku! Aku tak kan lupa sampai bila2.. special thanks untuk mereka yang sentiasa ada dengan aku di kala aku sedih.. tak lupa juga keapda mereka yang sentiasa ada dengan aku di saat aku suka ataupun duka!
Kepada awak yang berkenaan.. saya doakan awka sentiasa bahagia dengan hidup awak... bersama insan pilihan awak.. kisah kita hanya akan tinggal kenangan je buat saya... :)
Dan kepada yang berkenaan juga.. KAU! Thanks sebab telah menggembirakan hari2 aku dulu.. thanks sebab kau selalu ada dengan aku dulu.. and thanks sebab sudi jadi kawan aku! Baru aku tau.. bukan relationship je yang mampu buat kita bahagia.. rupa2nya friendship pun mampu buat kita bahagia. Aku takkan lupakan kau sampai bila2.. serius aku tak pernah dapat kawan macam kau.. sebab tu bila kau berubah.. aku terasa sangat sedih KOT! And mungkin ada sebab lain KOT.. entahlah.. aku sendiri tak pasti! Will always miss you.. tu yang pasti! Walau sedih macam mana pun.. aku sedar takkan merubah apa2.. Kau tetap semakin berubah! Aku akan lupakan semua rasa sedih tu... dan aku harap.. bila menapak ke tahun baharu nanti.. aku mampu lupakan semua kesedihan dan semoga aku akan lebih bahagia dari dulu... aku akan cuba lupakan semuanya!! Aku cuba!! :'( Aku doakan kau bertemu dengan cinta sejati yang kau impikan selama ni... semoga kau bahagia.. aku akan sentiasa doakan!! Biarlah hanya ALLAH yang tahu semuanya.. aku mintak maaf atas segala kekurangan.. maaf atas segala rasa yang wujud.. aku mintak maaf... aku tak mintak pun.. entah bila ada aku sendiri pun tak tahu.. hermmm~ :'( Aku akan sentiasa doakan yang terbaik buat kau! Jangan pernah lupakan aku OK! Walau kau berubah.. kau tetap dalam hati aku.. thanks for the friendship.. and all the memories... aku akan cuba terima hakikat.. bahawa kau memang dah berubah.. aku cuba! Bila aku dah tak ada nanti.. aku harap kau akan lebih bahagia.. sekarang pun kau dah bahagia kan sebab aku dah semakin jauh dari kau? Hahaha! :) wish all the best for you ya! :) *aku tetap nak tau sebab kau berubah! Kau cakap nak bagitau kan? Aku tuntut nanti! Kau kena jelaskan kat aku satu hari nanti! Please? Aku tunggu!.. hukhuk :'(
Just go with the flow! Ye.. itu yang sedang aku lakukan.. semoga aku sentiasa kuat dan tabah untuk melalui tahun hadapan dan hari2 seterusnya. Semoga segala cabaran dan dugaan menjadikan aku orang yang sentiasa kuat dan sabar.. =.=
YA ALLAH.. damaikanlah hatiku.. dan redokanlah hatiku dengan segala ketentuanMU... selamat tahun baharu 2012!! ^_~
"kalau nak mimpi.. biar mimpi sampai ke bintang.. kalau tak terpagai pun.. dapat capai langit pun jadilah kan?" :)
#yangberlalutakkanberulang#
P/S: sambil2 baca entry tu.. dengar2 laa lagu ni ye.. lagu favourite aku! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! (lepas geram) Hihihi!!
-Untuk Mencintaimu-







































