Buscar

-Ku Singkap Tirai Kenangan-

Walau sudah berabad lamanya..
Sering aku ingati..
Sering aku ratapi..
Sering aku renungi..
Sering juga aku singkap..
Agar terus segar dalam ingatan aku..
Agar terus mekar dalam sanubariku..
Dan agar terus bersama aku melewati hari-hari walau perit kurasakan.

Kenangan itu.. sangat memeritkan..
Kenangan itu.. sangat menyeksakan..
Kenangan itu.. sangat memilukan..
Kenangan itu.. sangat mengharukan..
Kenangan itu.. sangat menyentuh jiwa..
Hanya jika tiada "kenangan itu".. pasti aku tidak dibelenggu kesedihan..
Pasti aku tidak diselebungi keperitan..
Pasti aku tidak akan diasak kepiluan.

Aku dan kenangan itu sentiasa bersama..
Biarpun bukan atas kerelaan ku sendiri..
Aku sering dihimpit dengan kesedihan..
Aku sering dihantui dengan kenangan itu..
Dek kerana kenangan itu.. hatiku sering menangis..
Hatiku sering meronta..
Hatiku sering meratap..
Hatiku jua sering merintih.

Jika bukan kerana kenangan itu.. aku pasti kini bahagia..
Aku pasti kini tertawa..
Dan aku pasti kini gembira.
Hanya kerana kenangan itu..
Semua gerak lakuku terbatas..
Semua rasaku kosong..
Semua perasaanku kaku..
Dan hatiku sepi!

Aku ingin hapuskan kenangan itu..
Aku ingin menepis kenangan itu..
Aku ingin melupakan kenangan itu..
Dan aku ingin sekali membuang kenangan itu..
Tetapi sesungguhnya aku tidak berdaya..
Lalu membiarkan kenangan itu memakan diri..
Membiarkan kenangan itu mengusik jiwa..
Dan membiarkan kenangan itu terus menghimpit rasa.

Kenangan.. 
Pergilah dikau dari hidupku..
Pergilah dikau mencari jalanmu..
Pergilah dikau kembali ke asalmu..
Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk terus meratapi mu..
Tidak sanggup untuk terus berada di bawah takluk mu..
Kerana aku ingin bebas..
Bebas seperti dulu.. sentiasa tersenyum bahagia.

Ya ALLAH.. seandainya..
Seandainya diberi pilihan..
Seandainya diberi kesempatan..
Dan seandaninya diberi ruang..
Ingin sekali aku mencari di mana letaknya diriku..
Ingin sekali aku mencari di mana kasih itu yang telah hilang..
Ingin sekali aku mencari di mana khilaf ku selama ini..
Agar kenangan itu akan kembali menjadi kenyataan dalam hidupku..~


originally created by,
♥ Merak Kayangan 




P/S: Sesungguhnya walau sekeras mana pun kita cuba untuk melupakan sesuatu kenangan itu.. kita tetap tidak akan mampu. Kerana setiap kenangan merupakan cerita yang mencorakkan hari-hari kita.. yang akhirnya hanya akan meninggalkan kesan. Sama ada suka mahupun duka. 



0 comments:

 
picture comments