Assalamualaikum..
Lama dah rasanya tak meng'update' blog! Setelah sekian lama kan!! Al-maklumlah ke'busy'an! Kisah sedih-sedih dah habis.. dah berlalu.. kita bercerita tentang kisah best-best pula. Hidup ni adil.. Allah tu maha adil.. kemana pun kita pergi.. bahagia tu tetap ada walaupun pelbagai kesedihan yang kita lalui sebelumnya!
Aku mungkin kehilangan "dia".. ya.. "dia" yang selalu aku rindu.. yang selalu ada dengan aku dulu.. yang aku sangat takut apabila kehilangan suatu ketika dahulu.. tapi sekarang.. aku benar-benar telah kehilangan "dia". Tetapi kehilangan"nya" tidak langsung memberi kesan kepada aku.. kerana sekurang-kurangnya aku tahu dia bahagia dan aku juga bahagia ketika ini.
Bukan senang untuk menempuhi semua dugaan.. bukan senang untuk melupakan orang yang pernah singgah di ruang hati.. yang pernah begelak tawa dan bersedih dengan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Jika kita yakin bahagia itu ada.. kita tidak akan terusan bersedih di atas segala yang berlaku.. setiap orang layak untuk merasa bahagia.. cuma kadang-kala belum sampai waktunya.. seperti aku.. yang pernah merasa bahagia.. juga pernah merasa kesedihan.. perkara biasa yang sering aku lalui.. kehilangan orang yang aku sayang... dan kehilangannya telah digantikan dengan yang lain.. seperti aku katakan ALLAH itu maha adil dan maha mengetahui.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. kesedihan yang datang cumalah seketika cuma.. dan aku berharap agar bahagia ini terus berkekalan hingga ke akhir kelak! Semoga aku terus kuat untuk hadapi segala liku-liku kehidupan!
Bahagia itu milik kita dan milik semua..!
*kadang-kala bahagia itu datang dengan sendiri dan kadang-kala kita yang perlu mencari*
bahagiakah anda?? *tettt*








0 comments:
Post a Comment