Buscar

-Ku Singkap Tirai Kenangan-

Walau sudah berabad lamanya..
Sering aku ingati..
Sering aku ratapi..
Sering aku renungi..
Sering juga aku singkap..
Agar terus segar dalam ingatan aku..
Agar terus mekar dalam sanubariku..
Dan agar terus bersama aku melewati hari-hari walau perit kurasakan.

Kenangan itu.. sangat memeritkan..
Kenangan itu.. sangat menyeksakan..
Kenangan itu.. sangat memilukan..
Kenangan itu.. sangat mengharukan..
Kenangan itu.. sangat menyentuh jiwa..
Hanya jika tiada "kenangan itu".. pasti aku tidak dibelenggu kesedihan..
Pasti aku tidak diselebungi keperitan..
Pasti aku tidak akan diasak kepiluan.

Aku dan kenangan itu sentiasa bersama..
Biarpun bukan atas kerelaan ku sendiri..
Aku sering dihimpit dengan kesedihan..
Aku sering dihantui dengan kenangan itu..
Dek kerana kenangan itu.. hatiku sering menangis..
Hatiku sering meronta..
Hatiku sering meratap..
Hatiku jua sering merintih.

Jika bukan kerana kenangan itu.. aku pasti kini bahagia..
Aku pasti kini tertawa..
Dan aku pasti kini gembira.
Hanya kerana kenangan itu..
Semua gerak lakuku terbatas..
Semua rasaku kosong..
Semua perasaanku kaku..
Dan hatiku sepi!

Aku ingin hapuskan kenangan itu..
Aku ingin menepis kenangan itu..
Aku ingin melupakan kenangan itu..
Dan aku ingin sekali membuang kenangan itu..
Tetapi sesungguhnya aku tidak berdaya..
Lalu membiarkan kenangan itu memakan diri..
Membiarkan kenangan itu mengusik jiwa..
Dan membiarkan kenangan itu terus menghimpit rasa.

Kenangan.. 
Pergilah dikau dari hidupku..
Pergilah dikau mencari jalanmu..
Pergilah dikau kembali ke asalmu..
Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk terus meratapi mu..
Tidak sanggup untuk terus berada di bawah takluk mu..
Kerana aku ingin bebas..
Bebas seperti dulu.. sentiasa tersenyum bahagia.

Ya ALLAH.. seandainya..
Seandainya diberi pilihan..
Seandainya diberi kesempatan..
Dan seandaninya diberi ruang..
Ingin sekali aku mencari di mana letaknya diriku..
Ingin sekali aku mencari di mana kasih itu yang telah hilang..
Ingin sekali aku mencari di mana khilaf ku selama ini..
Agar kenangan itu akan kembali menjadi kenyataan dalam hidupku..~


originally created by,
♥ Merak Kayangan 




P/S: Sesungguhnya walau sekeras mana pun kita cuba untuk melupakan sesuatu kenangan itu.. kita tetap tidak akan mampu. Kerana setiap kenangan merupakan cerita yang mencorakkan hari-hari kita.. yang akhirnya hanya akan meninggalkan kesan. Sama ada suka mahupun duka. 



-Soh Seh Soh Seh Kisah Seorang Hamba ALLAH-

Assalamualaikum... 

Tadaaaa! Lama dah tak menjenguk blog ni.. bersawang... berumput-rumput dan berlalang dah ni haaa... masa untuk "mengemas" mana yang sepatutnya.. FINALLY UPDATED! =)

Dulu... zaman muda-muda (dah tua ke sekarang??) haha entahlah.. emm masa dulu.. senang je kita nak luahkan semua apa yang kita rasa teruama kepada mereka-mereka yang kita suka. Ek? Yeke? Zaman sekaeang pun boleh je.. keberanian tu ada.. cuma.... keimanan yang tak cukup.. ek? Macam mana tu? Haha.

Masa dulu.. zaman sekolah dulu.. pernah TERminat kat seorang mamat ni.. TER je.. tak tahu macam mana boleh jadi TER tu.. first time nampak dah TERsuka.. handsome..! Comel semestinya.. Bijak pun bijak..! Dia macam perfect sangat! Charming je.. entah kenapa suka je tengok dia.. dia ni senior.. masa hamba form 1.. dia form 2.. first sight je dah OH MY GOD! Biasalah budak2 sekolah kan! (tapi hamba tak gedik tau, hamba ni penuh sopan dan santunnya serta pemalu sikit-sikit masa sekolah).. muahaha~ Secara tak sengaja hamba telah meluahkan perasaan hamba itu kepada classmate hamba.. sebabnya hamba pernah tengok dia dan mamat tu jalan sesama masa balik sekolah (rumah dorang dekat je dengan sekolah).. Al kisah nak dijadikan cerita.. mamat tu abang dia rupanya.. ohh bagai nak luluh rasa jantung hamba ni.. mesti tuan-tuan hamba tak menduga kan? Sama lah dengan hamba.. tak menduga juga. Muahaha! Hamba fikirkan adiknya yang merangkap classmate hamba tu OK.. jadi hamba pun meminta bantuannya untuk menghulurkan surat-surat kepada abangnya.. huhuhu... hamba terpaksa menebalkan muka.. dia pun OK je and tolong hamba.. dia kata abang dia baca.. tapi entahlah tak tahu betul ke tak.. lama-lama classmate hamba and the geng benci kat hamba. Nampak hamba je kutuk-kutuk hamba. Tersuka kat abang pun salah ke? Hey bukan hamba mintak lah.. rasa ni hadir sendiri tau. Bila hamba form 2.. mamat tu form 3.. al kisah sekolah hamba tu sesi pagi and sesi petang.. form 1 and form 2 je sesi petang.. so.. maknanya.. hamba dah terpisah dengan mamat tu. aduhai! Sedih rasa.. macam-macam hamba buat untuk tarik perhatian dia.. and banyak informer jugak yang hamba rujuk untuk tahu tentang mamat tu.. sampai laaa hari terakhir hamba di sekolah tu (sebab nak pindah sekolah lain dah)... jeng3.. nak tahu tak apa yang jadi? Tak jadi apa pun.. semua masih macam tu.. mamat tu pun no respon sampai ke sudah! HA HA..! huh!

cinta monyet  


Bila masuk alam dewasa ni.. (dewasa la sangat).. bila hati ni suka kat seseorang tu.. entah kenapa susah sangat nak cakap and bagitahu.. padahal dah canggih dah.. Facebook depan mata.. tak cukup.. Twitter pun ada.. Skype ada.. apa lagi.. semua complete.. tak payah surat-surat dah.. tapi kenapa masih susah nak luahkan apa yang terpendam? Dulu sanggup tebalkan muka kenapa sekarang tak? Sekarang ni rasa bersalah je bila nak luahkan kat orang yang kita suka tu.. dulu tak ada pulak rasa bersalah.. kenapa kah?? Dulu tak kisah apa reaksi si dia bila kita dah luahkan and kenapa sekarang mesti fikir reaksi si dia bila kita luahkan? Macam-macam bermain difikaran.. kenapa ye?? Siapa boleh bagi hamba jawapan? Oh kejamnya! Hello.. kalau diberi pilihan.. hamba pun tak nak lah TERsuka kat tuan hamba.. tapi nak buat macam mana.. perasaan ni hadir sendiri.. tak boleh ditolak.. tolak-tolak pun dia datang juga.. so.. jangan salahkan hamba! RASA NI HADIR SENDIRI..!




Tu laa dia kehidupan.. ada orang yang kita suka.. tak suka kita.. yang tak suka pulak yang terhegeh-hegeh kat kita. Lebih baik hargai orang yang nak kat kita tu daripada terus mengharap pada benda yang tak pasti.. tak ada siapa pun yang mintak untuk hadir perasaan yang macam-macam ni.. yang menyerabutkan kepala ni.. so.. TOLONGLAH FAHAM..


i don't care!

P/S:

  • Mamat tu sekarang ni entah kemana.. tidak dapat dijejaki.. last yang hamba tahu.. dia sambung study kat obersea.. (haa kan dah kata dia pandai.. clever boy)..
  • Ada sorang lagi ni pulak.. mamat yang pernah singgah sekejap dalam hidup hamba.. tak lama dia dengan hamba.. and sekarang dia dah nak bertunang dah.. alhamdulillah.. semoga berbahagia hendaknya hingga kesyurga..
  • And buat yang seorang lagi tu.. arghhh... hamba sememangnya tak tahu nak cakap apa tentang tuan hamba.. tapi terima kasih lah sebab sudi hadir menggembirakan hati hamba yang kebetulan sedang putus cinta masa tu.. walau hanya sebagai sahabat.. hamba sangat hargai.. maafkan hamba... rasa ni wujudlah senidirlah tuan hamba.. walaupun kita dah tak kawan macam dulu.. and walaupun tuan hamba main elak-elak dari hamba sekarang ni, tapi tuan hamba tetap kawan yang terbaik! Mesti tuan hamba ingat kan masa-masa kita bahagia berkawan dulu... tapi sekarang dah tak macam tu kan... sedih!! :(


YA ALLAH.. terima kasih untuk bahagia yang telah ENGKAU beri padaku.. walau hanya sekejap KAU pinjamkan "mereka" kepada hamba.. hambamu ini tetap bersyukur.. sekurang-kurangnya hamba pernah rasa bahagia.. :)



Semua telah berlalu.. dan semoga kedukaan yang hamba lalui mampu memberi semangat dan kekuatan untuk hamba menempuhi hari esok dan seterusnya.. semoga hamba terus tabah.. semoga hamba dipertemukan dengan seseorang yang betul-betul menyayangi hamba dengan IKHLAS di akhir nanti.. :) 

::RAHSIA DI HATI TAK SIAPA YANG TAHU::
 
picture comments