23/10/2011... genap 45 umurnya.. muda lagi tu.. hihi... ni coretan di dedikasikan khas untuk beliau... selama 45 tahun hidup.. terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah dia lakukan untuk aku dan adik beradik aku yang lain... jerih payah hidup dia... hanya dia saja yang tahu... buat ibunda yang tercinta... coretan ini khas untukmu...
Kelembutan raut wajahmu itu,
Membuat aku merasa tenang bila menatapnya,
Yang sering juga membuat aku rindu bila berjauhan,
Redup matamu,
Memberi sejuta rasa yang tidak terluah dari bibirmu,
Jerih payahmu membesarkan kami anak-anakmu,
Tidak akan mampu terbalas.
Ampunkan kami anak-anakmu,
Yang sering mengecewakanmu.
Maafkan kami anak-anakmu,
Jika pernah membuatkan embun jernih menitis di pipimu itu.
Dikala ku bersedih,
Kau hadiahkan aku pelukanmu.
Pelukan yang sentiasa aku rindui,
Dikala berjauhan darimu,
Aku rindu suaramu,
Rindu kasih sayangmu,
Rindu redup matamu.
Sehingga saat ini,
Aku sedar,
Bahawa sejauh manapun aku pergi,
Kasih sayangmu padaku tidak pernah berkurang.
Ibu..
Maafkan segala kekurangan yang ada pada diriku.
Maafkan segala kekecewaan yang pernah kau rasakan kerana diriku.
Terima kasih untuk segalanya ibu.
Kasih sayangmu membuat aku bahagia.
Jasamu, pengorbananmu, tidak mampu aku balas.
Hanya doa yang mampu aku hadiahkan,
Agar hidupmu sentiasa bahagia dan diredhai-NYA.
nukilan: NUR FADHILAH (no ciplak2 k!!)
Buat ibuku tercinta, Puan Hayati.. Selamat Hari Lahir.. Semoga mak sentiasa bahagia... bahagia di sampaing suami tercinta.. iaitu abah saya, haha... dan bahagia bersama kami anak2 mu ini.. maaf atas segala yang terkurang.. dan terima kasih untuk segalanya.. selama 45 tahun mak hidup.. angah tau banyak lagi benda yang belum membanggakan mak. tak apa, angah cuba sedaya upaya angah jadi yang terbaik untuk mak dan abah! sayang mak sangat2!! (=
Buat ibunda tersayang... kami sayang mak sangat2.. selamat ulangtahun kelahiran... (=
p/s: kasih sayangmu ibu adalah kasih sayang yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya.. (=







2 comments:
anak mak npk gaye nye ni.. hehehe
kui3.. ank mak laaa. bis 2 xkan anak atok nenek. haha!! =P
Post a Comment