Buscar

-IF I Could Turn Back Time-

Assalamualaikum.... kali ni entry aku ni pasal sesuatu yang aku yakin semua orang pun mesti nak lakukan kalau ada kuasa... kuasa apa? kuasa power rangers kah? action kamen kah? kuasa otomen kah? spiderman? haaa mana2 jelah yang korang nak.. asalkan berkuasa.. kannn.. haha. hermm. back to the topik... "if i could turn back time"... semua orang kadang2 ada rasa untuk kembali pada masa lalu.. di mana pada masa tu.. semuanya rasa best je... antara sebab kita teringin nak balik pada masa lalu ialah....

  • sebab kecewa dengan kehidupan sekarang..
  • ada sesuatu yang kita buat, akibatnya memakan diri kita sendiri...
  • kita buat satu kesilapan besar yang kesannya adalah seumur hidup kita. (ayat ringkasnya.. kita kena tanggung kesalahan tu sepanjang hidup kita.. faham x? harap faham. kui3)
  • rasa menyesal tentang sesuatu...
Sebab tu orang selalu cakap, sebelum buat apa2 fikir dulu.. dan yang tukang buatnya akan cakap.. dah. nak buat macam mana.. benda dah nak jadi.. orang tu akan berpesan balik.. memang lah.. tapi kena lah hati2.. yang tukang buatnya pulak menjawab balik.. kalau hati2 pun kalau nak jadi, jadi juga. ohh sudoh! berbaloh pulok! sampai ke sudah lah tak habis jawapnya! haha..

Kalau ada yang tanya aku.. "if u could turn back time.. which time or which part of ur life would u choose?" nak tahu apa jawapan aku? "jangan lah tanya je.. tunaikan lah!" kekekeke! kalau aku, masa yang paaaaaaling aku rasa aku nak balik sangat ialah zaman kanak2 aku.. sebab bagi aku, waktu tu lah waktu paaaaaaaling berharga buat aku! lagipun time tu lah time aku suci dalam debu lagi.. wakaka.. time tak ada dosa.. dosa kering je.. dosa tipu mak abah sebab beli jajan senyap2.. tu jelah pun kan. hahaha.. zaman kanak2 laaaa zaman yang paling enjoy.. buat je apa2 yang kita suka.. tak ada sapa pun nak marah..


ni dia.. muka innocent aku masa kecik2 dulu.. caya tak? hahaha.

Time kanak2 kita bebas berlari2.... (sekarang pun bebas jugak berlari cuma berat lah.. kilo dah bertambah. haha) tak2.. bukan tu maksud aku... maksud aku ialah bebas berlari.. bebas bermain.. bebas bergerak.. tanpa perlu berfikir apa2 masalah hal2 orang dewasa ni.. ada ke korang jumpa budak2 yang sibuk nak amik tahu hal orang dewasa.. tak ada pun kan? yang dorang tau.. dorang dalam dunia sendiri.. bebas bermain dengan rakan sebaya.. time kanak2 jugaklah kita merasa sangat seronok.. boleh dikatakan satu kenagan hidup yang memang sangat manis lahh! tak perlu sesakkan otak dengan masalah2... bangun2 pagi je... mak kejut pergi sekolah.. belajar.. belajar.. belajar.. kringggg3... bunyi loceng balikk! tunggu mak abah jemput.. sementara tunggu tu main2 lah dengan kawan2 dulu.. kannn.. sampai rumah pulak.. makanan mak dah sediakan.. makan.. makan.. makan pas tu main! kalau kecik2 ni memang jarang tido kalau habis sekolah.. waktu dah besar cenggini je asyik tido je.. kan? haha.. main.. main... main.. sampai petang.. sampai tak ingat dunia lah senang citer.. kui3.. kalau ada masa lapang pulak.. pergi lah jenjalan kat tepi pantai.. abah bawak.. jalan2 kat taman.. main kat taman permainan.. dengan adik beradik! wahhh.. so sweet time tu!






Kalau aku ada kuasa.. lama dah aku putarkan masa ni.. balik pada masa kanak-kanak tu.... aku sesak dengan kehidupan aku sekarang! bahagia.. pastu kejap je.. sedih pulak! pastu serabut tah apa2.. "ohhhh kamu2 semua. stop lahhh layan aku macam ni!" kalau aku boleh cakap macam tu pada semua orang! ahh alangkah leganya! hidup yang aku rasa sangat teruk! entah bila lah rasa bahagia tu nak datang! asyik sedih je manjang.. penat! memikirkan masalah yang entah macam mana kesudahannya! letih!!

Tapi.. apa pun.. aku sedar bahawa memang tak kan ada sesiapa yang mampu merubah masa ni.. nak kembali pada masa lalu tu lagi laaa tak mungkin! kalau ada time machine mungkin kot.. haha.. ahhh tahyul je semua 2.. wakakaka.. aku juga sedar... apa pun terjadi... kehidupan mesti diteruskan.. akan ada hikmahnya sesuatu tu terjadi.. akan ada sinar bahagia yang akan menanti satu hari nanti.. cuma nak tunggu sinar tu yang letih tu.. sebab entah bila akan dapat.. kui3.. kalau tak ada halangan bukan namanya kehidupan.. kan? ada bahagia.. mesti ada derita.. ada gembira mesti ada sedih.. ada suka mesti ada duka.. semua tu memang dah diaturkan! kalau masa dapat diputarkan, tapi tetap tak dapat nak manage diri pun tak guna jugak.. kan?!

OK lah.. it's enough for this time.. dah panjang dah ni.. dah leh buat karangan SPM dah kot.. kahkah... fight for our life... let bygone be bygone.. tu je yang penting... sedih sekali bukan bermakna sedih selamanya... setiap yang berlaku tu ada hikmahnya... Allah dah aturkan semuanya cantik je untuk kita... terpulang pada kita nak manage macam mana.. apa yang dah terjadi biar terjadi.. nak sesal pun dah tak guna dah kan? so.. just pandang ke hadapan.... jangan pandang belakang lagi dah.. ( nak pandang juga ikot suka lah.. kepala korang. haha.. =P ) *nasihat untuk diri sendiri juga*

p/s: just berharap satu hari nanti ada yang menggenggam tangan aku dan bawak aku menuju ke sinar bahagia tu.. (cewahhh!! tak boleh blah langsung! haha) errr... anyone volunteer? haha! =P tapi tak mustahil pun kan? everyone deserve the best for their lives.. so tak salah pun berngan kejap.. mana tau jadi kenyataan ke.. amiiiiinn.. kui3.. (=

0 comments:

 
picture comments