Assalamualaikum...
Lama dah tak tulis2, conteng2 entry baru kat blog ni! Kecewa punya pasal. Erkk?? Hahaha tak lah gurau2 je. Entry pertama untuk tahun 2012.. kan? Nak cerita apa ek? Hemmm cerita sedih laaa.. sebabnya.. tahun baru ni ada je cerita sedih.. tapi yang ni yang paling menyedihkan..!! :(
Semester lepas.. aku sangat tertekan.. kerana macam2 berlaku.. tertekan sampai mengganggu exam aku.. nak study pun tak boleh.. semua yang aku baca tak masuk dalam kepala. Aku sangat takut result aku drop! And.. akhirnya aku dapat result hari tu... yup.. ternyata memang betul sangkaan aku... result aku jatuh teruk!! :( sangat teruk! Sedih tak terkata. Hukhuk.. :'(
Aku sedar.. semester lepas aku memang banyak sangat cuai.. banyak sangat ikutkan perasaan. Putus cinta ke aku? Bukan.. bukan pasal cinta pun.. tapi boleh jadi stress macam tu sekali!! Arghhhh!! Membayangkan betapa bodohnya aku waktu tu.. ngerinya untuk aku bayangkan! Bila result aku jatuh merundum macam tu... menangis aku! Bukan kerana result yang macam tu.. tapi disebabkan kebodohan yang aku buat masa study sehingga aku tak pikir langsung pasal exam aku! Padahal exam tu lagi penting dari perasaan aku masa tu! Berapa kali aku dinasihati.. tapi aku tetap berdegil... last... tengoklah apa jadi... :'(
Bodoh.. bodoh.. bodoh!!! Tu je yang boleh aku cakap tentang diri aku! Bodoh kerana memikirkan orang yang tak pernah pikirkan aku masa tu. Bodoh kerana pikirkan orang yang tak ada kena mengena dengan aku! Bukan boyfriend pun.. cuma kawan je.. tapi aku boleh sedih melampau kerana perubahan sikap dia sampai aku stress masa study! Damnnnnnn!!!!!! And Dila.. inilah hasilnya!! Yup.. inilah hasilnya bila kau bodoh ingatkan mamat tu sampai kau tertekan.. padahal dia bukan siapa-siapa pun.. cuma kawan aja!! Patutnya kau biarkan aja dia berubah masa tu.. tak perlu layankan sangat perasaan kau!!! Tak perlu tertanya-tanya kenapa dia berubah.. tak perlu pun cari dia lagi bila kau tahu dia dah berubah.. tengoklah sampai sekarang dia tetap berubah.. tak kembali macam dulu pun.. sama je kan?? Kau degil Dila.. sangat degil!!
Tapi apa aku boleh buat.. semua dah terjadi.. semua dah berlalu.. and aku dah dapat pun keputusannya.. bila ingat balik keadaan aku masa tu.. memang sangat teruk!! Hanya kawan2 tertentu saja tau keadaan aku masa tu.. payahnya aku nak tumpukan perhatian masa tu.. ALLAH saja yang tahu.. yang banyak menolong aku... ialah Mohd Syakir Moktar... dialah satu2nya orang yang selalu bagi nasihat kat aku tanpa jemu.. walaupun kadang2 dia pun dah jemu agaknya. Haha.. Hanya dia yang tahu keadaan aku masa tu.. thanks a lot to you ye.. saya dah ok dah sekarang.. Alhamdulillah.. saya berjaya atasi semuanya.. "mamat" tu pun dah semakin boleh saya lupakan seikit2.. biarlah dia dengan "kesibukan" dia.. orang dah tak suka nak kawan.. saya takkan memaksa.. tu pesan awak pada saya kan Mohd Syakir Moktar? :)
Tahun baru.. sem baru.. seharusnya azam dan tekad pun baru kan? Tinggal setahun je lagi pengajian aku.. aku seharusnya berusaha dengan lebih gigih.. demi masa depan aku.. bukannya memikirkan benda2 yang boleh memudaratkan aku. Contoh dah ada.. so jadikanlah teladan dan pengajaran.. jangan biarkan berulang lagi! Yup.. aku takkan biarkan benda tu berulang lagi!!! Aku tak kan perbodohkan diri aku dengan memikirkan KAU yang sememangnya tak pernah ada ikatan dengan aku..!! Thanks a lot lah untuk kau sebab buat aku macam ni kan!! :(
Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah nak uji sejauh mana kita kuat hadapai semuanya. Mungkin kehadiran KAU dalam hidup aku hanya sekadar untuk menguji aku! Dulu mungkin aku sedih dengan perbuahan KAU.. tapi sekarang aku sedang cuba dan telah hampir berjaya menerima hakikat.. bahawa KAU yang dulu memang tak kan mungkin pernah kembali lagi.. thanks untuk friendship KAU.. aku akan ingat sampai bila2.. :)
*mak abah.. ni kali terakhir angah kecewakan mak abah.. and i promise.. no more next time..!!! :)
P/S: jadikanlah semuanya sebagai pengajaran! Dalam hidup ni.. kita jangan terlalu mengharaokan sesuatu yang tak pasti. Kekadang kita saja yang merasakan perasaan tu.. tapi pihak yang lagi satu.. tak merasakan apa2.. sebab tu dia selalu tak sedar apa yang kita rasakan dan datang dan pergi dalam hidup kita macam tu je!! Macam tak ada apa2..!







0 comments:
Post a Comment