Rela.. Redha.. Pasrah.. lebih kurang je tu maksudnya! Perjalanan hidup aku memang sangat sukar.. banyak sangat dugaan dan cabaran yang mendatang.. tapi aku anggap tu semua sebagai satu kekuatan dan semangat untuk aku teruskan hidup. aku akui.. hingga saat ini sangat sukar bagiku untuk meneruskan semuanya. aku belajar menerima kenyataan. memang lain bila semua yang kita lalui sehari-hari tanpanya.. tanpa khabar berita darinya.. tapi aku harus kuat. kkuat untuk teruskan semuanya.. bak kata pepatah.. "bunga bukan sekuntum.. kumbang bukan seekor".. tapi tu lah.. kumbang yang seekor tu yang susah sgt nak jumpa.. payah sangat untuk digapai.. mungkin aku harus belajar menerima hakikat.. bahawa hidup sememangnya begitu.. manusia datang dan pergi.. cuma cara sahaja berbeza.
Awak.. saya dah relakan semuanya.. hanya dengan pesanan ringkas "thanks" dari awak... telah menyedarkan saya tentang semuanya... saya sedar bahawa kini awak sememangnya bahagia tanpa saya.. "thanks" pada awak kerana telah menyedarkan saya. saya redha, saya pasrah! tidak berbaloi bagi saya untuk terus mengingati awak kan? sedangkan awak sedang berseronok-seronok. huh! saya rasa sayalah orang paling bodoh! mengingati orang yang tak ingat pada saya. sudah tiba masanya saya cari pengganti awak! awak, semoga awak berbahagia ya! saya dah tak nak kat awak lagi, awak boleh pergi jauh! saya dah tak nak ada apa2 kenangan dengan awk dah.. saya dh buang jauh2 dah. dah buang kat i-city hari tu, hehehe~ saya doakan awak bhgia selalu yep! saya pergi ni tau, saya pergi selamanya dari awk!~ insyaALLAH saya dah mula lupakan semuanya sedikit demi sedikit. terima kasih kepada yang banyak membantu.. kawan2 yg selalu bg smgt.. yg teman saya.. yg bawak saya jln2 hilangkan tension n hilangkan sedih.. yang marah saya pun ada jugak! hehe.. saya syg korang semua. (:
p/s: ada sape2 x yg nak jadi pengganti dia?? haha *mereng suda!*







2 comments:
bertabahlah..ada yang terbaek menanti awk d masa depan.. jodoh pertemuan itu rahsia Allah.
tabahlah ni (:
Post a Comment