Mengapa derita sering menyapaku disaat kebahagiaan mula menjelma? Mengapa kesedihan mengiringiku ketika sinar kegembiraan mula melabuhkan tirainya? Lalu Engkau kurniakan seorang insan yang kelihatan biasa.. namun sangat memberi kesan di hatiku.. Engkau titipkan rasa sayang dihatiku padanya. YA ALLAH.. cinta yang hadir dijiwaku kurniaanMU.. aku mencintainya keranaMU, kerana Engkaulah yang mempertemukanku dengannya.. kerana aku yakin dengan takdirMU YA ALLAH. Tidak lama selepas itu, perpisahan yang tidak kuduga terjadi.. aku ditinggalkan tanpa khabar berita, terumbang ambing dibuai perasaan yang tidak menentu. Aku kembali kepadaMU.. persoalan yang bermain di benakku.. ku ajukan kepadaMU. Apakah benar perasaan yang ada dijiwaku ini? Aku bertekad andai benar perasaan cinta dijiwaku ini, aku yakin Engkau pasti mempertemukan kembali. Masa berlalu, aku teruskan kehidupan ini bersamaMU YA ALLAH.. bersama cinta suci kurniaanMU. Ku kunci hatiku kerana aku percayakan takdirMU.. aku yakin jodoh dan pertemuan terletak ditanganMU. Aku tidak akan pernah jemu menanti cinta itu kembali YA ALLAH.. menanti insan itu kembali seperti dulu. Kepadamu insan terpilih.. anugerah cinta kurniaan Ilahi ini kuserahkan kepadamu... hanya untukmu sayang.. semoga cinta ALLAH mengiringi kasihku kepadamu selalu..
p/s: miss u badly... :'(
Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat






0 comments:
Post a Comment